Thursday, August 1, 2013

The perks of growing up.

Assalamualaikum and hey guys.
Lama tak jenguk blog ni, so I decided to visit this dusty blog and update on my current life this time around.
So guys, to sum up the whole seven months that I have been through this 2013, apa yang aku boleh katakan adalah bahawa, ini adalah antara tahun yang paling mencabar dan penuh tekanan dalam hidup aku.

Sepanjang 2013, banyak incident yang berlaku terhadap aku, duka suka dan penuh dengan cerita. Ceh
I really wish I could type everything out, but sorry lah, aku tak reti mengarang. Tapi this time, memang terdetik hati aku nak tulis, just to share with you guys, how badly 2013 has been treating me :(
I made a list of incidents that I think should be highlighted.

1. Study pattern in January semester
2. Meeting new great friends
3. Getting my mum's car, permenantly.

Terus terang aku cakap, 2012/13 adalah tahun aku yang penuh dengan struggle, finding my true self, who the hell should I be in future and stuff, kenal kelemahan diri sendiri, sebagai seorang grow-up.

1.

So guys, sebenarnya aku bangga lah juga dengan prestasi study aku di INTI Nilai untuk semester ni, kalau nak dibandingkan dengan sem sem lepas. Pada dua tiga bulan pertama, susah jugak nak paksa diri belajar hari hari, and that moments juga lah membuat kan aku rasa bahawa aku dah wasted one whole year of 2012 dengan tak belajar. Stay up, buat tutorials and stuffs, mula merasakan diri aku ada perubahan, aku buat slow slow, walaupun kadang kadang test markah biasa je, tapi at least aku bangga aku ada effort, confidence level sangat lain. I had the best music class ever, eventhough I only got A- for the subject, aku rasa the time spent was really worthwhile. Truth be told, aku really struggle for this sem, tapi yang part sedihnya, ada certain people macam mock aku lah, cakap aku ni macam main main, terkilan jugak, tapi after all, aku sorang je yang tahu apa aku actually buat kan. Takpe, at least I could be proud of myself.
2.

Sepanjang tahun ni, Allah tu sangat lah Maha Besar, He granted me so many good friends, bukan nak cakap kawan sebelum ni tak bagus tapi, the bonding with them ni macam sangat rapat, it's like you don't have any boundaries of anything you want to talk about and they have their shoulders for me to cry on. Sem January ni, aku duduk dalam bilik lain, which was nearer to Academic Block, and I got a new roommate. K nama nya. Sangat baik, very supportive and membuatkan aku rasa sangat selesa lah jugak nak duduk sebilik, kalau nak memekak ke membebel ke dia pun tak kisah. Haha. I meet Aizzat, Imin, Barbs, Aishah, Aniff, Hariz and banyak lah juga. Gelak tak ingat dunia, pergi tengok movie, pergi concert, trips to everywhere and banyak benda berlaku. Most of them were there lah juga masa thick and thin, masa kereta accident, masa results teruk, masa tengah down, semua benda boleh bagitahu. Tapi unfortunately, ramai yang nak fly dah tahun ni so agak sedih lah juga. Tapi takpe, sepanjang aku mengalamai pelbagai cabaran ni, banyak benda aku belajar, and about friendship, one thing I can sum up is friedship is really important tapi at the same time, what shows you strong is when you can stand on your own when nobody's around, a nice quote from my dearest ex roommate, Hafid.
3.

So the important event in this year would be, having my ow car to drive around. Aku dapat lesen tahun lepas tapi mak aku baru kasi green light kasi bawa pergi INTI this year, actually memang tak nak bawa tapi some of my friends encouraged me so I did bring it after all. Sumpah benci driving, tapi memandangkan ianya sangat lah necessary so aku pun bawak lah. Kereta tu sangat lah banyak masalah, bukan nak complain but sebab kereta lama kan, so banyak lah benda yang aku kena jaga. Haih first time bawak pun dah langgar dah. But now, kereta tu tengah dalam workshop sebab haritu accident. Haih so sad to talk about this but serious nak share pengalaman ni dengan korang, kalau korang baca lah kan. Haha

So masa tu tengah cuti sem and bulan puasa, so aku pun plan la nak buka puasa dengan kawan kawan maktab di Subang Parade. Sumpah excited masa tu. So when I was on the way, aku tak ingat jalan, so aku masuk lah satu simpang yang lain and sesat. Serious dengan jam nya lagi, very tiring. So masa tu Eka kawan aku tu Whatsapp lah aku masa tengah driving and and baca and BOOOOM!. Seriuos masa tu sangat lah panik sampai tetiba blank. Dengan spek terpelanting handphone entah kemana, dahlah aku sorang masa tu. So aku keluar dari kereta and tengok kereta depan. Aku sangat panik aku cakap sorry sorry and Abang tu (he's a Pakistani tho) macam tengah marah, aku cuba tenangkan dia, tapi dia tetiba mengamuk suruh aku buka pintu, tengok tengok stuck and ayah dia dekat belakang INJURED. Sumpah kalut masa tu. Nasib baik lah ada kereta tepi tu sanggup nak tumpangkan ayah dia ke hospital which was just across the road (luckily).

Ada tiga kereta terlibat kereta depan (Wish) kereta tengah (Viva) and kereta aku. So masa tu makcik yang bawa WIsh tu mengangis dengan anak dia depan aku sumpah aku tak tahu nak cakap apa. Serabut tahap anjing. Overybody kept pushing me and blaming me. Stress, called my mum tapi tak angkat. Call ayah aku dia macam rilex je suruh aku buat report. Mana lah aku tahu masa tu. Haih, lepas call mak aku tu terus dia rush sampai sana, meanwhile, memang banyak orang tengah untuk truck tarik kereta tenagh tunggu. Aku jadi serabut gila, dengan nak deal dgn insurance mak aku lagi and all. It was 645pm masa tu, memang jam lah lagi lagi dekat Sunway haih dengan tak buka puasa nya lagi, dengan janji dgn kawan entah kemana. So aku pun tumpang lah makcik depan (Wish)tu pergi balai polis, sebab kereta aku dgn kereta Viva tu memang dah tak boleh jalan dah. Buka puasa pun nasib baik lah ada air dalam kereta makcik tu. Baik lah juga dia ni, tapi the Pakistani guy sangat lah blur. Dia macam kerja nak menyalahkan aku ke. Siot betul. Lepas tu masa sampai balai polis, mak aku pun sampai and buat report police and bayar saman semua. Bersalah sangat dengan mak aku sebab masa dia pakai kereta tu takde masalah pun, dia mcam redha je masa tu. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah, Uncle Nazrul was there too. Aku diam je masa tu.

Tuhan saja yang tahu betapa regret nya aku keluar haritu, sebab it had been a week aku tak keluar langsung pastu tetiba aku keluar, so rasa macam ada something wrong. Tapi nak buat macam mana, maybe Allah nak menyedarkan aku tentang beberapa benda. Wallahualam. Lepas settle semua tu, kitorang gerak SJMC sebab nak jumpa ayah dia yang injured tu, mak aku setuju nak bayar medical bill untuk haritu. Bukan sikit kot, RM650. Haih sedih sangat sebab menyusahkan mak ayah aku. Dengan saman RM300 lagi. Tapi mak aku buat rilex je. Kitorang pun balik, sampai je rumah, terus tidur, kesian mak aku, dengan penat kerja, sampai pun pukul 1 pagi, esoknya dah kena kerja pukul 6 pagi dah keluar. Aku bersalah gila.

Apa yang membuat aku rasa bersalah ialah, insurans mak aku kena bayar semua kerosakan tiga tiga kereta, which is ditakuti tidak cukup, means mak aku kena topup. Berapa sangat lah insurans kereta aku tu kan :( Sedih sangat, tak boleh maafkan diri aku for being so reckless. Sampai sekarang tak tahu nak cakap macam mana dengan mak aku. Semalam dia cakap, Pakistani tu call dia, suruh mak aku bayar rawatan susulan. Kepala otak dia. Memang tak lah kan. Haih, this thing has been bothering me so much at last aku tulis jugak. Sampai sekarang, aku tak keluar rumah and rasa macam nak menyendiri ke. Minggu depan raya, nak raya pun tak senang hati macam ni, harap harap semua okay. Hmm...


Sebenarnya ada lagi dua benda nak cakap tapi serious tak larat nak type. Haha. So guys, this is all that I could write for today, nanti ada masa aku upload gambar gambar.
Bye.

No comments:

Post a Comment